Monday, August 27, 2007

Gambar-gambar majlis persandingan Latifah dan Firdaus

Kedua-dua mempelai beramah mesra bersama tetamu

Pengantin wanita menyuap manja

Pengantin lelaki menyuap dengan penuh kasih-sayang

Gambar kenangan di meja santapan

Menanti saat santapan beradap
Menjelma di pintu untuk santapan bersama

Tunduk hormat kepada nenda tercinta

Mencium pipi nenda yang disayangi

Beramah mesra bersama saudara mara dan rakan taulan

Mengorak langkah keluar dari singgahsana ke meja santapan

Ciuman hormat kepada ayahanda pengantin lelaki

Ciuman hormat kepada ayahanda pengantin wanita

Ciuman hormat kepada bonda pengantin lelaki

Ciuman hormat kepada bonda pengantin wanita

Tangan berinai tersusun rapi

Rakan baik pengantin lelaki dan pasangannya (Hafizulrahman)

Para pengantin bersama rakan baik masing-masing (Syarehan)

Kedua-dua mempelai bersama ayahanda dan bonda saudara sebelah lelaki

Kenangan bersama ayahanda dan bonda kedua-dua mempelai

Kedua-dua mempelai bersama ayahanda dan bonda sebelah wanita

Kedua-dua mempelai bersama ayahanda dan bonda sebelah lelaki

Ciuman taat setia isteri kepada suaminya

Imbauan klasik raja dan ratu sehari

Gaya kedua-dua mempelai mengabadikan saat bersama

Tangan diinai manis tanda kehalusan jiwa. Cinta akhirnya disemat jua.

Raja dan Ratu sehari bersidang di singgahsana

Ketibaan raja dan ratu sehari ke balairong untuk disatukan bersama

Merenung jauh bersama yang tersayang.

Akhirnya, selesai sudah 'pertempuran' dan kedua-dua mempelai mulai
berarak ke pelamin untuk disatukan.


"Haiyah!" laungan pahlawan Melayu membuka langkah tempurnya.

Kedua-dua pengantin bersama ayahanda, adinda dan bapa saudara menanti
kehadiran ahli persilatan untuk mula beraksi


Kedua-dua mempelai memula duduk di tempat istirehat

Tangan mempelai saling paut-memauti dan langkah ke kerusi istirehat kini bermula

Pengantin lelaki melambai mesra setibanya di gerbang majlis

Pengantin lelaki nampaknya panas dipayungi bapa saudaranya

Rombongan terus melangkah yakin kehadapan

Pengantin lelaki mengorak langkah ke gerbang majlis

En Rizal dan sekeluarga mengambil juadah kenduri

Kumpulan Gamelan mula mengambil tempat

Nyanyian merdu kumpulan Nasyid menghiburkan para tetamu.

Pelamin sebelum majlis bermula

Hantaran dari pihak lelaki kepada wanita (9 dulang)

Majlis Persandingan Latifah - Firdaus

Rumah ini adalah saksi bersatunya cinta dua insan; Latifah bt Muhammad Basir Lubis dan pasangannya, Wan Muhammad Firdaus bin Wan Ilias. Majlis dilangsungkan pada 18 Ogos 2007 di hadiri lebih 1000 hadirin memberi restu pada kedua mempelai. Disini kenangan cinta mereka diabadikan dalam koleksi khas album perkahwinan mereka. Kita tatapi bersama - Affie